Monday, December 19, 2011

JAGA HIDAYAH PETUNJUK ALLAH



Manusia memang cenderung menjaga sesuatu yang dianggap berharga. Sebaliknya kita akan membuang sesuatu yang dianggap tidak berharga. Semakin bernilai sesuatu semakin bersungguh kita menjaganya.


Sesetengah manusia sangat menjaga hartanya kerana dianggap hartanya sangat berharga. Ada pula sentiasa menjaga dan merawat mukanya supaya kelihatan awet muda kerana cantik adalah segalanya.
Ada juga bermati-matian mempertahankan kedudukan kerana itu dianggap bernilai dan kalaulah begini perilaku kita, rupanya kita masih menganggap material (kebendaan) adalah segala-galanya.

Namun, ada juga yang bermati-matian menjaga hidayah dan petunjuk yang Allah anugerahkan. Orang yang seperti ini berkeyakinan hidup ini tidak akan selamat sampai muara ketenangan di akhirat kecuali hanya dengan bekalan taufik dan hidayah Allah.

Taufik dan hidayah sangat penting di dalam diri manusia. Pernah suatu ketika seorang yang dibutakan matanya dalam permainan diminta supaya berjalan, tiba-tiba menangis.

Dia berasa langkahnya berisiko, mungkin terpelecot, bimbang terhantuk atau jatuh tangga. Begitulah akibatnya sekiranya tidak mendapat panduan.

Orang yang yang berjalan tanpa arah sentiasa berada dalam cemas, takut, bingung. Tidak sedikit orang kaya yang menderita dengan kekayaan. Bagaimana kekayaan yang melimpah semakin membuatnya sengsara.

Pendek kata orang yang jauh daripada petunjuk Allah dan al-Quran, apa pun diberikan Allah kepadanya pasti hanya akan membuatkan dirinya hina.

Harta, pangkat, kedudukan atau penampilan kalau tidak diiringi dengan ketaatan pasti akan menyiksakan.

Kemerdekaan yang kita kecapi sekarang jika tidak diiringi dengan ketaatan kepada Allah membuatkan kita mudah lalai. Negara saja merdeka tetapi jiwa tidak, malah ditawan syaitan.

Sedarlah, syaitan adalah penjajah yang tidak pernah berputus asa. Dalam satu perisytiharan, menurut hadis Rasulullah s.a.w, syaitan pernah berkata: "Demi kebesaran-Mu, aku bersumpah wahai Allah, aku tidak akan berpisah dengan anak Adam selagi nyawanya masih di badan.”

Bayangkan kesungguhan syaitan, isytihar perang dengan manusia. Kalau kita masih main-main, mudah tertipu.

Syaitan ibarat tukang joget atau penari. Dia akan menari ikut muzik. Kalau dondang sayang ada lenggoknya, kalau lagu rock pandailah dia meloncat...maknanya syaitan tahu sasarannya kalau orang alim begini caranya, kalau sesatkan pemuda lain caranya, orang kaya lain pula kaedahnya.

Kita memberikan tumpuan kepada yang nampak di mata, yang besar-besar biasanya menjadi tumpuan, yang kecil tidak berapa dipedulikan. Kita kadang kala lupa sesuatu yang tidak nampak itu sangat berharga.

Iman kecil sahaja, tidak nampak tapi sangat berharga. Jadi dalam hidup ini lihat dan utamakan pandangan Allah.


                                               

Tuesday, December 6, 2011

siLent Killer~HYPERTENSION~

What is Hypertension?

High blood pressure is easy to diagnose because all that is involved is taking one's blood pressure.  If you have a blood pressure over 140/90, that is either a systolic (first number) of 140 or more or diastolic (second number) of 90 or more or a combination of the two above the respective limit then hypertension exists.  It is estimated that about one out of every four Americans has hypertension.  It is however, a disease without symptoms.  This means that the only way to detect it is to have your blood pressure measured by a nurse, physician or another knowledgeable person (including yourself).  Because there are no symptoms of high blood pressure and because it is so prevalent in older people you should have it measured at least once a year. 




Why is Hypertension Important?

Simply put high blood pressure kills.  It kills by contributing to coronary artery disease and precipitating strokes.  It is one of the very few risk factors for  either of these potentially lethal or debilitating diseases that is treatable.  Because high blood pressure is treatable and because so many Americans who are hypertensive and are being treated, this is why many believe that the death rate has declined over time from coronary heart disease and stroke in this country.  Patients with hypertension who are treated significantly lower their chances of having a stroke or heart attack. 





Treatment of Hypertension 

The most important aspect of treating hypertension, of course, is regular checking of one's blood pressure.  Your doctor will work closely with you to make recommendations regarding the treatment that is right for you.  Certain life-style advice will be given.  Lose weight if overweight. Stop smoking if you smoke. Do not drink more than one or two drinks a day - alcohol contributes importantly to hypertension. Exercise has been shown over and over to be important in reducing and controlling hypertension. Diet is very important.  Salt intake must be reduced since salt aggravates hypertension.  If all of this is done and blood pressure is still high, medicine will be added by your doctor. 
There are many, many medicines effective in treating high blood pressure.  As with all drugs, each one of us reacts uniquely to the specific drug - both with regard to the therapeutic response and also with regard to side effects.  Most of these drugs have side-effects, and they vary in each patient.  This is why it is very important for you to tell your doctor how the drug is affecting you besides lowering the blood pressure.  It is also very important to take the medicines as instructed and never to run out since in some cases with some of the medicine missing medication can actually cause the blood pressure to return at higher levels.  Virtually all patients and their doctor can settle on a drug therapy that has minimal side effects and brings the pressure down to normal. 


Monday, December 5, 2011

CORET-coret time CUTI weekend...

hurmmm...dh lame sgt kn x sentuh my lovely blog nie...bkn apa..xd idea nk conteng kt blog nie...hurmm...sbuk pon satu hal...mmg akhir2 nie masa seolah2 mencemburui sy aj..sbb tu agak ssh utk sy mcurahkan rse n berkongsi idea dan penemuan sy kpd para pembaca skalian...(cewah ayat!!)...=P...hurmmm....nk cerita yg mne 1 ye...hurmmm...ok i know...last week sy balik k kg..ad kenduri sunat..anak buah lelaki sulung dlm kluarga yg bsunat...pengalaman bru dlam hidup sy nie..bkn sbb first time tgok org sunat k ap..tp first time tgok org sunat tp still bole senyum n bejalan sane sini...mcm org x sunat...padahal baru beberape hari kne sunat...ish2..esok2 kalo dh bentan bru tau...hahahaa....jahat btol lh sy nie..


ok second story is...ntah ap ntah yg merasuk otak sy nie...bole lak sy tnye kt mak sedara sy yg BEST K KALAU ADA ANAK??....hahhaha...maunyer x kne dengar syarahan free..adoi salah timing n salah orng nk mntx nasihat da...segala mcm hujah keluar..amik, padan muka saya..hahaha...abis daripd makcik...sampai k pakcik sedara tau...malu pon ad...tp mcm besalh sy nie mmg suka buat mcm org x bersalah aj...hahaha...last2 crite tue abis mcm tue aj...nsib2..kalo x mesti 3 hari 3 mlm dgr ceramah free...kalah forum perdana n al-kuliyah....hehehe...


ap lagi yer crite nk kongsi..ha'ah...nie satu lg..adoyai...makcik2 jiran rumah nie kasi sy soklan cepu emas lak time2 sy tolong masak..(sy mmg suka tlong or msak time kenduri2 nie...almaklumlah bole merase trus panas2)=P...IDA...KO BILE LAGI NK WAT KENDURI??...sy pon ckp kt dlm hati..nk wat kenduri arwah ak ke??..(hahaha...nakal kn)...tp mcm biasa lh..otak pikir lain mulut ckp lain...sy pon balas lh..ALA WAK..(pnggilan bg org jawa..sy org jawa erkk)..YG KT ATAS SY PUN BLUM KAHWIN LAGI...X KN SY NK LANGKAH BENDUL PULAK...lpas tue mereka balas...APA SALAHNYA...hahaha...ak pon jwb...MMG X SALAH..TP SY NI X D SIAPA2 YG NAK WAK..huhu..KALO X CARI MCM MN NK JUMPE??...aduisss gawat nie..pastu sy hanya mampu tesnyum n cepat2 sy bla...krng makin mnjadi2 lak mereka tnye...x sanggup kot...kadang bercerita ngn org2 yg lebih tua nie ad bestnye mcm bole bkongsi rahsia hidup n bnyk lg..tp kenkadang ad yg x bestnyer..mcm yg sy ckpkn di atas...hahaha...semua luar n dalam nk tahu..ish2..kn dh mengumpat..ASTAGHFIRUALLAH AL AZIM..


hurmmm....lastly...sy jmpe dia mse kenduri tue...hurmm...nk kte ap..sy hany mampu senyum...tp dlm hati...ad taman...hahaha...suka...tp mcm mn pon..kne stay cool kot...x bole tnjuk sgt..nnt kantoi...hahaha...kalo nk crite pasal die...rse2 mcm x perlulh...sbb biarlh die hnya dipendam dlm hati...hurmmm mmg dh jadi tabiat dan itulh perangai sy...walau suka mcm mn pn kt seseorng tue...sy lebih rela senyap dr mnyuaraknnya...bila dh mnjdi milik org lain...pasrah aj lh...sbb sy tau kalo dia mmg dtakdirkn utk sy...dia pasti akan kembali kpd sy..cepat atau lambat...bknlh keutamaan...insyallah setiap insan ad jodoh masing2 yg telah ditentukan...bersabar n terus bersabar...x salah mnjdi single tika ini...kerna sy ad byk hal lagi yg perlu dutamakan...(^_^)v

Tuesday, November 1, 2011

BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA


Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, kesudahan yang baik bagi orang-orang bertakwa, tiada pemusuhan Allah melainkan kepada orang-orang zalim. Selawat dan salam ke atas utusan yang membawa rahmat kepada seluruh alam..selepasnya;

Firman Allah:

“23.Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.24.  Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua Telah mendidik Aku waktu kecil". (Al-Isra’: 23-24)
Firman Allah:

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa”. (An-Nisa’: 36)

Firman Allah:

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). mengandungnya sampai bercerai susu adalah tiga puluh bulan". (Al-Ahqaf: 15)
Firman Allah:

“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya Telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan bercerai susu dalam dua tahun. bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakmu, Hanya kepada-Kulah kembalimu”. (Luqman: 14)

Dengan ungkapan-ungkapan ini jelas bahawa al-Quran mahu menyemaikan naluri berbuat baik dan mengasihi di lubuk hati anak-anak. Ini kerana dalam kehidupan kebiasaanya akan menghalakan perhatiann mereka ke hadapan..kepada zuriat..kepada kelahiran baru..kepada generasi akan datang. Namun tidak ramai yang menghalakan perhatian mereka ke belakang..kepada ibubapa..kepada kehidupan permulaan..kepada generasi yang lalu..kepada umur yang lalu, kemudian anak-anak sangat perlukan semangat nalurinya untuk memerhatikan ke belakang dan meninjau sejenak kepada bapa dan ibu mereka.

Para ibubapa secara fitrahnya terdorong untuk menjaga dan memelihara anak-anak dan berkorban apa sahaja demi mereka.  Sedangkan anak-anak 'menghisap' semua kesenangan, usaha dan perhatian dari ibubapa. Justeru apabila keduanya telah lanjut usia, sekalipun anak-anak mengabaikan mereka, kedua mereka tetap merasa bahagia kerana itulah sifat mereka.

Namun anak-anak begitu cepat melupai semua ini dan mendorong fikiran mereka ke hadapan iaitu isteri dan zuriat..Demikianlah dorongan hidup, dan kemudian ibubapa tidak perlu memaksa diri mereka menjaga anak-anak kerana itulah futrah mereka, tetapi anak-anak perlu kepada menyemaikan emosi dan naluri mereka dengan kuat untuk mengingati hak generasi yang lepas yang telah mengorbankan kesenangan, menghabiskan segala kesenangan demi anak-anak sehingga mereka kekeringan.   

Dari sinilah datangnya perintah supaya anak-anak berbuat baik kepada ibubapa dalam bentuk hukum atau ketentuan dari Allah dengan makna perintah yang ditegaskan, selepas ada perintah yang ditegaskan dengan makna ibadah kepada Allah. Firman Allah: kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu. Perkataan“al-Kibr” (berumur lanjut) membawa maksud telah lemah atau tua. Perkataan “indaka” (dalam pemeliharaan mu) mempunyai makna yang sangat besar iaitu makna pergantungan dan pengharapan ketika mereka telah tua dan lemah. Justeru sewajarnya ibubapa yang telah tua dan lemah berada dalam penjagaan, pemeliharaan dan pengawasan anak-anak mereka “indaka”. Bukan dengan meletakkan ibubapa di rumah orang-orang tua seperti yang berlaku ke atas setengah ibubapa pada zaman kita ini.

Marilah wahai anak-anak..sesiapa yang masih mempunyai ibubapa, ucaplah tahniah, berilah perhatian, kasihanilah mereka dan berusahalah mendapat keredhaan mereka berdua, kerana melalui keduanya kita memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sesiapa yang hilang salah satu dari kedua mereka, maka dia kerugian separuh dari mereka. Justeru berilah perhatian kepada separuh yang lain sebelum ianya hilang. Orang yang pernah melalui masa bersama mereka, maka janganlah melupakan mereka dalam solat dan doa kita. Siapa yang telah menjadi ibubapa pastilah menyedari hal ini.

Berbuat baiklah kepada ibubapa kamu supaya anak-anak kamu berbuat baik kepada kamu..Berbuat baiklah kepada ibubapa supaya nanti kamu hidup dengan penuh kesetiaan dan ketenangan.
  


Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=49713&SecID=363

Sunday, October 30, 2011

PERIHAL HATI (QALBU)


Pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada kita yang bermaksud : Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging, jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan, maka ketahuilah bahawa itu adalah hati”.

Hati itu dapat hidup dan dapat mati, sehat dan sakit. Dalam hal ini, ia lebih penting dari pada tubuh.
Allah berfirman, ertinya:
“Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya”. (Al-An'am : 122) 


Ertinya, ia mati karena kekufuran, lalu Kami hidupkan kembali dengan keimanan. Hati yang hidup dan sehat, apabila ditawari kebatilan dan hal-hal yang buruk, dengan tabi'at dasarnya ia pasti menghindar, membenci dan tidak akan menolehnya. Lain halnya dengan hati yang mati. Ia tak dapat membedakan yang baik dan yang buruk. 

Sudah jelas diterangkan menerusi Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 10 yang bermaksud :“Dalam hati mereka ada penyakit (keyakinan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW lemah. Kelemahan keyakinan itu menimbulkan kedengkian, iri hati dan dendam terhadap Nabi SAW agama dan orang-orang Islam), lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta”. 

Memang umum kita ketahui, sifat hati sentiasa berubah, maka kita sentiasa digalakkan untuk memohon kepada Allah SWT agar kita sentiasa diberi keteguhan hati dan iman kita dengan melazimi membaca doa “ Wahai Tuhan yang sentiasa membalik-balikkan hati , tetapkanlah hati atas agama-Mu dan ketaatan-Mu” (Ya Muqallibal Qulub , Thabbit Quluubana ‘ala Deenika Wa ‘ala Thoo’atik).


Semoga Allah menyingkapkan hijab dihati kita sehingga nyatalah Allah dihati kita dan kita menemukan Allah dalam setiap apapun yang terjadi, aamiin…

Wallaahu a’lam Bish-Shawaab…






Thursday, October 27, 2011

Pemilihan Calon Suami Dan Isteri Dalam Islam

Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.
Ciri-Ciri Bakal Suami
  • Beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
  • Bertanggungjawab terhadap semua benda
  • Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • Berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
  • Tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
  • Rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.
Ciri-Ciri Bakal Isteri
  • Beriman & solehah
  • Rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
  • Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • Menentukan mas kahwin yang rendah
  • Wanita yang subur
  • Masih dara
  • Berasal dari keturunan yang baik
  • Bukan keturunan terdekat
  • Tidak memandang harta semata-mata
Masih adakah ciri-ciri diatas pada diri korang? Kalau masih lagi ada walaupun tidak selengkap yang dinyatakan, Alhamdulillah. Kepada bakal pengantin, pilih keputusan yang tepat kerana perkahwinan bukan untuk sehari dua, tapi untuk kekal selagi hayat di kandung badan.

5 (lima) perkara yang dapat meningkatkan iman...insyallah...


Ketahuilah, iman yang ada di dalam diri seorang hamba itu bisa bertambah dan bisa pula berkurang atau bahkan hilang tanpa bekas dari diri seseorang. Al-Imam Abdurrahman bin Amr Al-Auza’i rahimahullah pernah ditanya tentang keimanan, apakah bisa bertambah. Beliau menjawab:Betul (bertambah), sampai seperti gunung.” Lalu beliau ditanya lagi: “Apakah bisa berkurang?” Beliau menjawab: “Ya, sampai tidak tersisa sedikitpun.”
Demikian pula Imam Ahlus Sunnah wal Jama’ah, Ahmad bin Hambal rahimahullah pernah ditanya tentang keimanan, apakah bisa bertambah dan berkurang? Beliau menjawab:Iman bertambah sampai puncak langit yang tujuh dan berkurang sampai kerak bumi yang tujuh.” Beliau juga menyatakan: “Iman itu (terdiri atas) ucapan dan amalan, bisa bertambah dan berkurang. Apabila engkau mengamalkan kebajikan, maka iman akan bertambah, dan apabila engkau menyia-nyiakannya, maka iman pun akan berkurang.
Nah, inilah aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah itu, yakni meyakini bahwa sesungguhnya iman seseorang itu bisa bertambah dan bisa pula berkurang. Setelah kita tahu bahwa ternyata iman itu bisa bertambah dan bisa berkurang, lalu apa yang harus dilakukan oleh seorang mukmin untuk menjaga kualitas imannya? Al Imam Allamah Abdurrahman bin Nashr As Sa’di rahimahullah mengatakan: Seorang mukmin yang diberi taufiq oleh Allah Ta’ala, dia senantiasa berusaha melakukan dua hal: Pertama, memurnikan keimanan dan cabang-cabangnya, dengan cara mengilmui dan mengamalkannya. Kedua, berusaha untuk menolak atau membentengi diri dari bentuk-bentuk ujian (cobaan) yang tampak maupun tersembunyi yang dapat menafikannya (menghilangkannya), membatalkannya atau mengikis keimanannya itu.” (At Taudhih wal Bayan lisy Syajarotil Iman, hal 38).
Saudaraku muslimin, ketahuilah! Ada beberapa amalan yang insya Allah akan dapat menyebabkan bertambahnya iman seseorang, di antaranya adalah:
Pertama: Membaca dan tadabbur (merenungkan atau memikirkan isi kandungan) Al Quranul Karim. Orang yang membaca, mentadabburi dan memperhatikan isi kandungan Al Quran akan mendapatkan ilmu dan pengetahuan yang menjadikan imannya kuat dan bertambah.
Allah Subhanahu wa Ta’ala mengabarkan tentang orang-orang mukmin yang berbuat demikian: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gemetarlah hati-hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya maka bertambahlah iman bereka, dan kepada Rabb mereka itulah mereka bertawakkal.” (QS. Al Anfal [8]: 2)
Al Imam Al Ajurri rahimahullah berkata: Barangsiapa mentadabburi Al Quran, dia akan mengenal Rabb-nya Azza wa Jalla dan mengetahui keagungan, kekuasaan dan qudrah-Nya serta ibadah yang diwajibkan atasnya. Maka dia senantiasa melakukan setiap kewajiban dan menjauhi segala sesuatu yang tidak disukai maulanya (yakni Allah Ta’ala).
Kedua: Mengenal Al Asmaul Husna dan sifat-sifat Allah yang terdapat dalam Al Quran dan As Sunnah yang menunjukkan kesempurnaan Allah secara mutlak dari berbagai segi. Bila seorang hamba mengenal Rabbnya dengan pengetahuan yang hakiki, kemudian selamat dari jalan orang-orang yang menyimpang, sungguh ia telah diberi taufiq dalam mendapatkan tambahan iman. Karena seorang hamba bila mengenal Allah dengan jalan yang benar, dia termasuk orang yang paling kuat imannya dan ketaatannya, kuat takutnya dan muroqobahnya kepada Allah Ta’ala.
Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-Nya adalah ulama.” (QS. Fathir [35]: 28). Al Imam Ibnu Katsir menjelaskan: “Sesungguhnya hamba yang benar-benar takut kepada Allah adalah ulama yang mengenal Allah.” (Tafsir Ibnu Katsir 3/533).
Ketiga: Memperhatikan siroh atau perjalanan hidup Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, yakni dengan mengamati, memperhatikan dan mempelajari siroh beliau dan sifat-sifatnya yang baik serta perangainya yang mulia.
Al Imam Ibnul Qoyyim rahimahullah menjelaskan: Dari sini kalian mengetahui sangat pentingnya hamba untuk mengenal Rasul dan apa yang dibawanya, dan membenarkan pada apa yang beliau kabarkan serta mentaati apa yang beliau perintahkan. Karena tidak ada jalan kebahagiaan dan keberuntungan di dunia dan di akhirat kecuali dengan tuntunannya. Tidak ada jalan untuk mengetahui baik dan buruk secara mendetail kecuali darinya.Maka kalau seseorang memperhatikan sifat dan akhlak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam Al Quran dan Al Hadits, niscaya dia akan mendapatkan manfaat dengannya, yakni ketaatannya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjadi kuat, dan bertambah cintanya kepada beliau. Itu adalah tanda bertambahnya keimanan yang mewariskan mutaba’ah dan amalan sholih.”
Keempat: Mempraktekkan (mengamalkan) kebaikan-kebaikan agama Islam. Ketahuilah, sesungguhnya ajaran Islam itu semuanya baik, paling benar aqidahnya, paling terpuji akhlaknya, paling adil hukum-hukumnya. Dari pandangan inilah Allah menghiasi keimanan di hati seorang hamba dan membuatnya cinta kepada keimanan, sebagaimana Allah memenuhi cinta-Nya kepada pilihan-Nya, yakni Nabiyullah Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam (lihat QS. Al Hujurat [49]: 7)
Maka iman di hati seorang hamba adalah sesuatu yang sangat dicintai dan yang paling indah. Oleh karena itu seorang hamba akan merasakan manisnya iman yang ada di hatinya, sehingga dia akan menghiasi hatinya dengan pokok-pokok dan hakikat-hakikat keimanan, dan menghiasi anggota badannya dengan amal-amal nyata (amal sholih). (At Taudhih wal Bayan, hal 32-33)
Kelima: Membaca siroh atau perjalanan hidup Salafush Shalih. Yang dimaksud Salafush Shalih di sini adalah para shahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan orang-orangyang mengikuti mereka dengan baik (lihat QS. At Taubah [9]: 100). Barangsiapa membaca dan memperhatikan perjalanan hidup mereka, akan mengetahui kebaikan-kebaikan mereka, akhlak-akhlak yang agung, ittiba’ mereka kepada Allah, perhatian mereka kepada iman, rasa takut mereka dari dosa, kemaksiatan, riya’ dan nifaq, juga ketaatan mereka dan bersegera dalam kebaikan, kekuatan iman mereka dan kuatnya ibadah mereka kepada Allah dan sebagainya.
Dengan memperhatikan keadaan mereka, maka iman menjadi kuat dan timbul keinginan untuk menyerupai mereka dalam segala hal. Sebagaimana ucapan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah : “Barangsiapa lebih serupa dengan mereka (para shahabat Rasulullah), maka dia lebih sempurna imannya.” (lihat Kitab Al Ubudiyah, hal 94). Dan tentunya, barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.
Itulah beberapa amalan yang insya Allah akan dapat menyebabkan bertambahnya keimanan. Adapun hal-hal yang dapat melemahkan iman seseorang adalah sebaliknya, di antaranya: Kebodohan terhadap syari’at Islam, lalai, lupa dan berpaling dari ketaatan, melakukan kemaksiatan dan dosa-dosa besar, mengikuti hawa nafsu dan sebagainya.
Mudah-mudahan kita termasuk hamba-hamba-Nya yang senantiasa diberi tambahan iman, dan dijauhkan dari kelemahan dan kehinaan. Wallahul musta’an.



...BILA HATI MULA BERBICARA....

Ku sedari bahawa tidak ada satu musibah pun yang ditimpakan Allah kepadaku kecuali musibah itu telah menimpa orang lain sebelum aku...



Soal hati dan perasaan takde siapa yang mampu duga pepatah mengatakan;
"Sedangkan pantai lagikan berubah inikan pula hati manusia "
Hayati sebaik2nya pepatah itu. Kita akan mampu mendapatkan suatu kepastian...

Bila berbicara soal hati , Tiada paksaan yang harus di utamakan. Paksaan terima mahupun tolak.
Andai hati bisa berkata kata, Sudah pasti jawapan mudah diungkapkan dengan luahan
Namun apakan daya Allah lebih mengetahui akan kejadianNya...

Berhati-hati bila berbicara soal hati,
Meskipun mulut mengatakan YA mungkin hati mengatakan TIDAK 
Namun hati tak bisa di tipu,
Akibatnya hati yang derita akibat kata-kata yang keluar dr mulut tanpa mengira apa yang hati itu rasa
Wajah mungkin bisa sembunyikan derita yang dirasai,
Namun sampai bila harus terus berpura-pura menyembunyikan derita itu,
kelak diri sendiri yang akan menjadi korban...

Andai hati bisa berkata-kata...
Tak perlu lagi untuk mendengar mulut berdusta dan terus menafikan apa yg hati itu rasakan
Sebabnya mulut bisa meluahkan sesuatu tanpa usul periksa dan
Mungkin juga sesuatu yang bukan lahir dari hati yg tulus
Biarpun kadang kala kata hati itu ada benarnya, Tapi, tak dinafikan boleh juga berlaku sebaliknya.
Yang pasti. Andai hati bisa berkata-kata, Sudah tentu kita akan tahu dengan jelas
Apa yg hati itu rasakan tanpa perlu berteka-teki...

Cuma satu peringatan yang harus diambil kira,
Jangan sekali-kali menghukum diri sendiri, untuk sesuatu yang tak sepatutnya
Lakukanlah apa jua dengan hati yang ikhlas, dan ingatlah... 
" langit tak selalunya cerah  " 
Redha hadapi ujianNya, pasti tenang hati menerima...

Wednesday, October 26, 2011

...MENGAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN...

Setiap hari kita menadah tangan berdoa memohon bermacam perkara dari Allah ta'ala. Siang malam pagi petang kita berdoa. Malah ada masa-masa kita berdoa hingga mengeluarkan air mata. Namun, mengapa doa kita masih tidak diperkenankan? Mengapa Allah tak makbulkan doa kita? Apa silapnya? 

Sedangkan Allah Ta'ala telah pun berjanji melalui firmanNya di dalam Quran;

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’minun : 60)

Allah telah berjanji, tapi hairan,mengapa doa-doa kita langsung tidak memberikan sebarang kesan. Apa kita minta dan doa hari-hari, tak pernah kita dapat. Di mana silapnya? “Mengapa doaku tak di kabul?”

Pertanyaan ini sebenarnya pernah dilontarkan kepada seorang ahli sufi dan wali terkenal, Ibrahim bin Adham. Apabila ditanya “Mengapa doa tidak dikabulkan?”.

Lantas Ibrahim Adham pun menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah mati.”

Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”. 

Beliau menjawab, “Ada lapan perkara, diantaranya:


    * Kamu mengetahui hak Allah, tapi kamu tetap tidak menunaikan hakNya itu. (Malah ada ramai pun yang tak tahu apakah itu hak-hak Allah yang perlu kita tunaikan, tahukah anda?)

    * Kamu membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak mengamalkan hukum-Nya.
 (Yang baca Quran memang OK, tapi bacakah anda? Baca Quran pun jarang sekali, tapi mengharapkan doa dimakbulkan…)

    * Kamu mengatakan cinta Rasulullah tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya. (Kita ni jangan kata cinta, sesetengahnya malah memperlekeh sunnah-sunnah Nabi SAW. Kata sunnah dah ketinggalan zaman dan sebagainya.)

    * Kamu mengatakan takut mati tetapi masih tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi mati. (Bersediakah anda untuk mati? Apa bekalan yang kita dah persiapkan?) 

    * Kamu mengakui bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu ikut perangai syaitan. (Cuba periksa diri, apakah perangai syaitan yang ada dalam diri kita?)
    * Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka, tapi kamu sendiri yang melemparkan dirimu ke dalamnya. (Doa minta jauh azab neraka kononnya, tapi dosa dan maksiat kita buat dengan selamba jer. Boleh makbul ker doa kita?) 

    * Kamu ingin memasuki Syurga, tapi kamu masih tidak melakukan amal soleh. (Kita hari-hari minta doa untuk masuk syurga, tapi buat amal ibadat malas. Solat kita cuaikan, solat sunat jarang sekali, quran kita tak baca, zikir memang tak buat, sedekah amal jariah kita kedekut taik hidung masin. Tapi kata nak syurga. Macammana tu?) 

    * Kamu sibuk memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, sedangkan keburukan dan kesalahan diri sendiri tidak pernah kamu hiraukan. (Asyik-asyik kata orang ni salah, orang ni tak betul. Kutuk sana kutuk sini. Tapi rupa-rupanya 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih')

    * Kamu mendapat pelbagai kenikmatan yang diberikan Allah swt, tetapi kamu tidak pernah bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah. (Tubuh badan sihat sokmo, perut kenyang sentiasa, tapi 'Alhamdulillah' pun tak boleh nak ucap.) 

    * Kamu menguburkan jenazah orang lain, tapi tidak menginsafi diri kamu sendiri bahawa kelak kamu juga akan dikuburkan. (Tengok berita atau baca cerita pasal orang mati hari-hari, tapi tak pernah rasa insaf melihat kematian. Kita duk rasa nyawa kita panjang lagi. Kita rasa kita boleh hidup lama lagi. Lantas kita menjadi begitu culas dalam membuat bekalan hari kemudian.)

“Jika begitu, bagaimana mungkin Allah dapat mengkabulkan doa kamu?”

Itulah diantara sebab-sebab mengapa DOA kita tak dikabulkan oleh Allah swt. Padahal kita sangat mengharapkan doa kita dikabulkan oleh Allah swt, dan permintaan kita segera dijawab oleh-Nya.

Apa-apapun, kita TIDAK seharusnya berputus asa dalam berdoa. Yakinlah, jika kita minta pada Allah dengan penuh pengharapan, insyaAllah permintaan kita pasti diperkenankan.

Justeru, marilah kita terus berdoa lagi dan lagi, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan yang dirasa hari ini, mungkin ia menjadi kemanisan pada hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu juga kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa lah bertawakal kepada Allah dan jangan sekali-kali berputus asa berdoa kepadaNya.

my first try...still baby ok

this is a video tat i make by myselve...i know it not so good but i still manage to make it without anyone help...yuhooo....clap for me...this is my first try ok...i keep it for long time couse i to shy to show to the other people...ya la...it not such a best video ever....still have a lot to repair...hahhaha..lastly just enjoy lorr my family trip in Malacca...



Friday, October 21, 2011

biarkan lah ia

hurmmm....dh lme x mnyebok kt blog kesyangn ak nie...bkn x nk wat entri bru..just terlalu bnyk komitmen kt luar yg x bisa mberi ruang waktu utk buat entri bru nie....n one more reason is...bila buka blog n bile tbace entri sblom nie...watkn hati terusik yg teramat...mmglh kn...org kte patah tumbuh ilang bganti...tp yg ini x bole nk gnti2 lg...ok fine kite abis kt cnie  dr bcrite  tntng bnd tue lg ye...

hurmmm...bru2 nie ak dh mula wat hobi yg bru...hobi yg slame nie x akn pernah aku terpikir nk buat...ak sangup bgun awl dr waktu yg dlu....ak x tahu mcm mne ak bole tpengaruh nk buat hobi mcm tue...download a new song, movie n variety show from korea is my new hobbies...hahahaha...ok itu bkn cerita yg sebenarnye yg ak nk ckpkn n ia xd kaitan lngsung ngn tajuk entri kn3...=P

ok now ak nk cerite perkara yg sebenarnye...sbnrnyer ak dlm dilema diantara kawan n kasih n sayang....hurmmm mcm mne ak nk ckp erk...ak sbnrnyer mmg dh nekad x nk ad kaitan ngn bena2 mcm nie lg..yelah ak nk focus more on my study smnjk epilog aku ngn dia tue blalu...mmg rindu tp ak dh bjy mhapuskan rse itu..even not 100% but i still can do it...

akhir2 ini ak dgn sengajanya mnghindar drpd bbicara mngenai hal ehwal hati dan perasaan..bkn apa..aku just can't survive anymore if that thing happen again...aku khuatir aku akan hanyut dan terus hanyut dengan prasaan aku sendiri...hidup mcm ini lebih baik drpd hidup yg selalu bmain ngn kata2 n hati sndri...from now on...i will bz with my last year project...my tesis is my new love...aja aja fighting...yeahhh!!