Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, kesudahan yang baik bagi orang-orang bertakwa, tiada pemusuhan Allah melainkan kepada orang-orang zalim. Selawat dan salam ke atas utusan yang membawa rahmat kepada seluruh alam..selepasnya;
Firman Allah:
“23.Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.24. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua Telah mendidik Aku waktu kecil". (Al-Isra’: 23-24)
Firman Allah:
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa”. (An-Nisa’: 36)
Firman Allah:
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). mengandungnya sampai bercerai susu adalah tiga puluh bulan". (Al-Ahqaf: 15)
Firman Allah:
“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya Telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan bercerai susu dalam dua tahun. bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakmu, Hanya kepada-Kulah kembalimu”. (Luqman: 14)
Dengan ungkapan-ungkapan ini jelas bahawa al-Quran mahu menyemaikan naluri berbuat baik dan mengasihi di lubuk hati anak-anak. Ini kerana dalam kehidupan kebiasaanya akan menghalakan perhatiann mereka ke hadapan..kepada zuriat..kepada kelahiran baru..kepada generasi akan datang. Namun tidak ramai yang menghalakan perhatian mereka ke belakang..kepada ibubapa..kepada kehidupan permulaan..kepada generasi yang lalu..kepada umur yang lalu, kemudian anak-anak sangat perlukan semangat nalurinya untuk memerhatikan ke belakang dan meninjau sejenak kepada bapa dan ibu mereka.
Para ibubapa secara fitrahnya terdorong untuk menjaga dan memelihara anak-anak dan berkorban apa sahaja demi mereka. Sedangkan anak-anak 'menghisap' semua kesenangan, usaha dan perhatian dari ibubapa. Justeru apabila keduanya telah lanjut usia, sekalipun anak-anak mengabaikan mereka, kedua mereka tetap merasa bahagia kerana itulah sifat mereka.
Namun anak-anak begitu cepat melupai semua ini dan mendorong fikiran mereka ke hadapan iaitu isteri dan zuriat..Demikianlah dorongan hidup, dan kemudian ibubapa tidak perlu memaksa diri mereka menjaga anak-anak kerana itulah futrah mereka, tetapi anak-anak perlu kepada menyemaikan emosi dan naluri mereka dengan kuat untuk mengingati hak generasi yang lepas yang telah mengorbankan kesenangan, menghabiskan segala kesenangan demi anak-anak sehingga mereka kekeringan.
Dari sinilah datangnya perintah supaya anak-anak berbuat baik kepada ibubapa dalam bentuk hukum atau ketentuan dari Allah dengan makna perintah yang ditegaskan, selepas ada perintah yang ditegaskan dengan makna ibadah kepada Allah. Firman Allah: “kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu”. Perkataan“al-Kibr” (berumur lanjut) membawa maksud telah lemah atau tua. Perkataan “indaka” (dalam pemeliharaan mu) mempunyai makna yang sangat besar iaitu makna pergantungan dan pengharapan ketika mereka telah tua dan lemah. Justeru sewajarnya ibubapa yang telah tua dan lemah berada dalam penjagaan, pemeliharaan dan pengawasan anak-anak mereka “indaka”. Bukan dengan meletakkan ibubapa di rumah orang-orang tua seperti yang berlaku ke atas setengah ibubapa pada zaman kita ini.
Marilah wahai anak-anak..sesiapa yang masih mempunyai ibubapa, ucaplah tahniah, berilah perhatian, kasihanilah mereka dan berusahalah mendapat keredhaan mereka berdua, kerana melalui keduanya kita memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sesiapa yang hilang salah satu dari kedua mereka, maka dia kerugian separuh dari mereka. Justeru berilah perhatian kepada separuh yang lain sebelum ianya hilang. Orang yang pernah melalui masa bersama mereka, maka janganlah melupakan mereka dalam solat dan doa kita. Siapa yang telah menjadi ibubapa pastilah menyedari hal ini.
Berbuat baiklah kepada ibubapa kamu supaya anak-anak kamu berbuat baik kepada kamu..Berbuat baiklah kepada ibubapa supaya nanti kamu hidup dengan penuh kesetiaan dan ketenangan.
Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=49713&SecID=363
No comments:
Post a Comment