Monday, October 8, 2012

MANA DIA RUSUKKU

         Selagi seseorang manusia itu adalah manusia..maka dia akan sentiasa berperangai, bperwatakkan seperti manusia..cuma apa yang membezakan antara seseorang manusia itu adalah cara pemikiran, penggayaan, pembawakan watak dan emosi dan cara dia menggunakan pemberian ALLAH dengan sebaiknya..lebih2 lagi cara dia menggunakan akal dan fikiran yang mana selalunya emosi akan dibiarkan dengan sewenang2nyer memerintah minda..dan apa yang terjadi dimana apa yang dpertuturkan, gerak-geri, tingkah laku dan perlakuan adalah semata2 berlandaskan apa yang dimahukan oleh emosi bknnya minda yang waras..


       Maaflah sekiranya tajuk utama dan awalan bicara berbeza..maaf juga jika mukadimah bicara tinta panjang dan agak mengarut..tetapi ianya sama sekali ada kaitannya dengan tujuan tinta ini d wacanakan. perihal emosi..hati..perasaan..dan perkaitannya dengan tingkah laku dan tutur kata yang akan dikeluarkan adalah berkaitan..(ok ni hanya mngikut pndangan saya)...Kita dpt lihat dengan jelasnya bila mana sesuatu kehendak itu tidak dapat dituruti..kehendak yang tak tercapai..kehendak yang ditolak..jika kita benar-benar menggunakan akal yang waras dan sentiasa ingatkan ALLAH pasti kita akan sentiasa redha, berserah dengan apa yang berlaku..kerana sudah pasti apa yang berlaku adalah dengan kehendakNYA..KUN FAYAKUN..jika ALLAH berkehendak untuk ia terjadi..maka jadilah ia..

      Begitu juga apa yang terjadi terhadap takdir jodoh kita..sebagai manusia, kita tidak boleh hidup sendirian..bohong besarlah jika manusia itu menyatakan bahawa dirinya mampu hidup bsendirian..hal ini kerana sejak dr dalam rahim lagi jodoh kita memang telah ditentukan..dengan siapa, bila,bagaimana dan dimana...setiap perjalanana hidup kita ini adalah mengikut ketentuanNYA..apa yang bole mngubahnya..adalah hanya melalui doa dan usaha..ini kerana hanya dengan usaha, doa dan tawakal sahaja yang dapat mengubah takdir seseorang..begitu juga bila ianya berkaitan dengan soal jodoh..seringkali saya di beritahu dan sy memberitahu..sekiranya kita inginkn seseorng hamba ALLAH untuk menjadi imam (makmum) kita...berdoalah dari sekarang..minta di dekatkan jodoh dengannya..insyaallah jika dia ditakdirkan untuk kita..maka dia datang kepada kita..x perlulah bersusah payah untuk mencari..belum tentu apa yang dicari akan menjadi teman seumur hidup kita dunia dan akhirat..insyaallah..tp ia juga bukan bermakna kita tidak boleh untuk mencari sama sekali..kalau sudah jumpa yang sesuai, banyk2knlah berdoa pada ALLAH tanpa jemu..banyakkan buat solat sunat hajat n istigkharah..selain itu..rajin2lh bertanya khabar dengan sidia yang berjaya menambat hatimu itu..tapi ia bukan bermakna kita dibolehkan untuk menyulam rasa cinta yang keterlaluan..bercinta mengikut ajaran islam..saling berdoa untuk kesejahteraan dan semoga jodoh didekatkan..bila sudah SAH depan tok khadi bersaksikan wali yang sah barulah boleh menyulam rasa rindu,cinta dan kasihmu itu sesuka hati..kata orang bercinta selepas berkahwin adalah lebih indah..hihi



DOA BAGI LAKI2 YANG BERHARAP JODOH :



“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJATAN THOYYIBAH AKHTUBUHA WA ATAZAWWAJ BIHA WATAKUNA SHOOHIBATAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.

“Ya Robb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat”.


DOA BAGI WANITA YANG BERHARAP JODOH :

“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.

“Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”.

“ALLOHUMMAB’ATS BA’LAN SHOOLIHAN LIKHITHBATHII WA’ATTHIF QOLBAHU ‘ALAYYA BIHAQQI KALAAMIKAL QODIIMI WABIROSUULIKAL KARIIMI BI ALFI ALFI LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL ‘ALIYYIL ‘AZHIIM WA SHOLLALLOOHU ‘ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN WA’ALAA AALIHII WA SHOHBIHI WA SALLAMA WALHAMDULILLAAHIROBBIL ‘AALAMIIN.”

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang shalih untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat utusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL ‘ALIYYIL ‘AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad, dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam.”

BILA SUDAH TEMUI SESEORANG YANG DIMINATI