Thursday, May 24, 2012

rindunya


Dengan nama ALLAH yg maha pemurah lagi maha mengasihani...

permulaan bicara dari diriku buat dirimu...setelah sekian lama aku tidak bertinta di laman luahan hatiku...sebelum itu ak memohon ampun dan maaf sekiranya aku telah melukai hati kalian semua..bicaraku terlampau dan tidak berlapik.. perbuatanku yang melangkaui jangkaan dan batas-batas sebagai seorng muslimah..halalkn segala perkara sekiranya aku ada termakan, terminum, terambil barang-barang anda semua tanpa anda sedari, sedar dan separa sedar..

ketika menulis tinta ini, aku sebenarnya sedang melayan emosi aku sendiri. aku sendiri tidak mengerti mengapa aku sungguh berani untuk membuka muka bukunya (facebook) walaupun selama ini aku bersungguh-sungguh untuk tidak memikirkannya. namun jari jemariku ini lancar sahaja meng"klick" profilenya..ya ALLAH sesungguhnya aku tidak bermaksud untuk melaukan semua ini..aku rasakn diriku ini sungguh berdosa bila mana ak merinduinya ya ALLAH.. dengan tidak semena-mena, air mataku gugur dengan lajunya.. sesungguhnya aku merinduinya ya ALLAH..aku tahu ia merupakan suatu perbuatan yang ditegah..tidak sepatutnya aku merindui seseorang yang telah lama meninggalkan diriku, keluarganya, rakan-rakannya malah dunia ini ya ALLAH..

sesungguhnya aku teramat merinduinya..aku tidak sanggup untuk pulang ke kampung halaman walau untuk melawat nenekku..sesungguhnya terlalu banyak kenangan kami bersama sedari kecil sehingga dewasa..setiap langkah, setiap sudut, setiap lubuk di kampung halaman mengenangkan aku kepada dia..perit sungguh pengalaman itu...ya ALLAH sungguh berdosa aku pada arwah..ampunkan diriku ya ALLAH...kau tempatkanlah arwah dikalangan orang-orang yang beriman..al-fatihah..