Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.
Ciri-Ciri Bakal Suami
- Beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
- Bertanggungjawab terhadap semua benda
- Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- Berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
- Tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
- Rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.
Ciri-Ciri Bakal Isteri
- Beriman & solehah
- Rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
- Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- Menentukan mas kahwin yang rendah
- Wanita yang subur
- Masih dara
- Berasal dari keturunan yang baik
- Bukan keturunan terdekat
- Tidak memandang harta semata-mata
Masih adakah ciri-ciri diatas pada diri korang? Kalau masih lagi ada walaupun tidak selengkap yang dinyatakan, Alhamdulillah. Kepada bakal pengantin, pilih keputusan yang tepat kerana perkahwinan bukan untuk sehari dua, tapi untuk kekal selagi hayat di kandung badan.
No comments:
Post a Comment