Kelebihan Doa Penerang Hati:
1. Mudah faham dan menerima Ilmu yang di pelajari.
2. Di kasihi oleh orang ramai.
3. Cara Membaca Atau Mengunakan Doa Penerang Hati:
Untuk penerang hati, kombinasi bacaan doanya ialah:
1. Surah Al-Fatihah – tujuh kali (7x)
2. Surah Al-Insyirah - tiga kali (3x)
3. Doa Penerang Hati ini: Terjemahan Doa Penerang Hati
Ya Allah, Tuhan yang mengajar nabi Ibrahim akan hikmat, ajarkan kami, ya Allah Tuhan yang mengajar nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepada kami.
“maka Kami (Allah) telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan Kamilah yang melakukannya”( Al-Anbiya’ ayat 79).
Wahai Tuhan nabi Sulaiman, juga wahai Tuhan nabi Ibrahim, wahai Tuhan nabi Musa dan nabi Isa, wahai Tuhan nabi Muhammad S.A.W., selamatkanlah kami daripada kegelapan kejahilan dan lupa, dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya.
Ya Allah, tambahkan ilmu kepada kami, dan anugerahkan kepada kami kefahaman dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya.
Ya Allah, anugerahkanlah kami cahaya dengan cahaya ilmu-Mu, dan jauhkan kami daripada lupa dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya.
Ya Allah, anugerahkanlah kami kefahaman nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segalagalanya. Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam.
AMIN YA RABBAL ALAMIN
No comments:
Post a Comment