Thursday, March 29, 2012

~Doa peNEranG HaTi~

DOA PENERANG HATI    


Kelebihan Doa Penerang Hati:

1. Mudah faham dan menerima Ilmu yang di pelajari.
2. Di kasihi oleh orang ramai.
3. Cara Membaca Atau Mengunakan Doa Penerang Hati:

Untuk penerang hati, kombinasi bacaan doanya ialah:

1. Surah Al-Fatihah – tujuh kali (7x)
2. Surah Al-Insyirah - tiga kali (3x)
3. Doa Penerang Hati ini:                                                                                                                                          

    Terjemahan Doa Penerang Hati

    Ya Allah, Tuhan yang mengajar nabi Ibrahim akan hikmat, ajarkan kami, ya Allah Tuhan yang mengajar nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepada kami.
    “maka Kami (Allah) telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan Kamilah yang melakukannya”( Al-Anbiya’ ayat 79).

    Wahai Tuhan nabi Sulaiman, juga wahai Tuhan nabi Ibrahim, wahai Tuhan nabi Musa dan nabi Isa, wahai Tuhan nabi Muhammad S.A.W., selamatkanlah kami daripada kegelapan kejahilan dan lupa, dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya.

    Ya Allah, tambahkan ilmu kepada kami, dan anugerahkan kepada kami kefahaman dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya.

    Ya Allah, anugerahkanlah kami cahaya dengan cahaya ilmu-Mu, dan jauhkan kami daripada lupa dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya.

    Ya Allah, anugerahkanlah kami kefahaman nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segalagalanya. Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam.

                                                            AMIN YA RABBAL ALAMIN    
                                                                         

    Monday, March 12, 2012

    seandainya




    telah terlalu lama sy tingglkn rse keseronokkn utk menulis di ruang bicara yg kecil ini...sudah terlalu lame sy tingglkn segala kebiasaan yg dlu slalu sy lakukan..sudah terlalu lame sy lalai dalam melakukan segala kebiasaan sebagai seorng yg muslim..dan sudah terlalu lama sy biarkan diri ini berada dalam keadaan yg terumbang-ambing..arah tuju hidup yang masih samar2...jauh sungguh kehidupan yg indah dr jankauanku..mengapa ak biarkan diriku sebegini rupa terlalu lama...wajah abah,mak,kakak,abang,adik,anak buah sy,seluruh saudaraku..dan semua perkara yg ku tingglkan dirumah..satu persatu bermain difikiran sy...sahabt2 seangkatan sy yang bersungguh2 mngejar cita2 di bumi universiti..tanpa mengenal erti jemu dan penat...manakala ak masih disini kebingungan..kemalasan..kekeliruan..dan masih terkial2 untuk bertatih...mngapa ak tidak seperti rakan2ku..mengapa...


    ak rse diriku kosong..ak tau mngapa..ini sume kerna kitab al-quran yg berada di atas meje study ku..bkn kerna ia berada di meja studyku...ia kerna telah lama ku tinggkn ia keseorngn diatas meja..telah lama tidak ku lawat n alunkan khalimah2nya..telah lama ak lalai dlam mjlnkn amanahku sebagai seorng hamba allah..mngapa ak jd sebegini...ini sume silapku sndri..ak sndri sering melayan ajakn syaitan yg mana mereka tlh bjanji akan mnhasut umat nabi adam utk melakukn kemaksiatan...ak juga tidak mnggunakan akal yg allah berikan ini untuk berfikir dengan sewarasnya..berfikir seperti mana umah islam yg patut patuh pada ajaran islam..

    tatkala ak termenung smbil melihat pokok bunga diatas meja studyku..ak mula terfikir...seandainya hari ini adalah hari takhir ak sebagai hamba allah yg bernyawa diatas muka bumi ini..seandainya nafas..nyawa ini diambail semula setelah sekian lama dipinjmkan ini dtarik semula...adakah ak sudah bersedia untuk mnghadapi semua ini..adakah bekalan amalanku sudah mncukupi untuk membela ak di hari akhirat nanti...adakah ak sudah benar2 mnjdi seorng muslimah yg sebenar..adakah ak telah mjlnkn amanah yg diberi oleh allah dengn ikhlas dan sehabis baik..adakah ak telah bersedia...

    seandainya telah tersurat ini merupakan mnggu2 terakhir aj sebagai hamba allah..adakah ak telah kuat utk menerima sgala hukumanmu ya Allah..ak telah lalai..ak telah terpengaruh ngn godaan dan hasutan syaitan..hatiku..mindaku tidak kuat utk klawan sgala godaan itu..seandainya ya Allah telah tercatat ak akan mningglkn segala di bumi ini pd mnggu ini..izinkn ak pergi dgn dikelilingi keseluruh kaum keluargaku ya Allah..ya Allah seandainya ak meningglkan dunia manusiaku ini..kau ambillh nyawaku ini ketika ak telah bertaubat dan berada dlm keredhaanmu ya Allah..kau ambillah nyawaku ketika ak beriman kepadamu ya Allah...sesungguhnya hanya itu hajat dan permintaanku ya Allah..

    AMIN YA RABBAL ALAMIN....

    sesungguhnya mati itu adalah pasti pada tiap-tiap makhuk yg hidup...






    Friday, January 13, 2012

    CINTA ILAHI


     Apakah persediaan kita untuk mendapatkan yang terbaik?

    - **Persiapkan diri menjadi seorang yang soleh untuk mendapatkan yang solehah.

    - **Amalkan doa dan munajat yang baik untuk mempertemukan jodoh.

    Sebelum bertemu jodoh, bacalah:

    Bismillahirrahmanirrahim,

    “Wahai Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri.” Doa nabi Zakaria Surah Al-Anbiya, ayat 89 
    Kemudian, baca pula:

    “Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, Ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

    Ya Allah, aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisi-Mu Ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu Ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisi-Mu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisi-Mu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.

    Namun Ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba Ya Allah, maka Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutan-Mu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Memakbulkan Doa, Tuhan Yang Maha Penentu Jodoh, jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku daripda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah.”

    Lepas tu, dengan hati yang penuh rasa harap dan tawaddu’, bermunajatlah dengan munajat di bawah ni pula:

    “Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

    Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

    Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

    Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada-Mu.

    Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

    Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

    Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.

    Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

    Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.”

    Lepas tu, baca pula doa:

    “Ya Allah, Engkau berikanlah hamba-Mu ini seorang suami/isteri yang soleh/solehah sepertimana telah Engkau jodohkan Kekasih-Mu Nabi Muhammad S.A.W. dengan Siti Khadijah dan ‘Aisyah, Ali dengan Fathimah, Ibrahim dengan Sarah dan Hajar, Adam dengan Hawa dan Yusuf dengan Zulaikha.”

    Diikuti pula dengan bacaan doa:

    “Ya Allah, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, cukuplah Engkau saja Ya Allah, yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah Engkau biarkan hamba-Mu ini sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu akan menjuruskan hamba-Mu yang lemah ini ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, berikanlah hamba-Mu ini seorang pasangan yang beriman, supaya hamba-Mu ini dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan berikanlah pada hamba-Mu yang hina ini keturunan yang soleh dan solehah lagi mulia. Perkenanlah wahai Tuhan yang Maha Pemurah, makbulkanlah wahai Tuhan yang Maha Pengasih, kabulkanlah wahai Tuhan yang Maha Penyayang.”

    Amalkanlah doa dan munajat di atas, insya Allah, kita akan bertemu dengan seseorang yang akan membahagiakan kita di dunia dan Akhirat, insya Allah.

    Apabila sudah bertemu, berkenan atau bercinta dengan seseorang, amalkan pula membaca doa:

    “Ya Allah, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Maha Melindungi, Maha Benar, seandainya telah Engkau catatkan (sebut nama pasangan) akan menjadi teman hidupku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan diantara kami agar kemesraan itu abadi. Dan Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang dan Yang Maha Pengasih… seiringkanlah kami melayari hidup ini ke tepian yang sejahtera dan abadi.

    Tetapi, Ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku. Luputkanlah ia dari ingatanku. Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku dan peliharalah aku dari kekecewaan.

    Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti, berikanlah hamba-Mu ini kekuatan untuk melontar jauh bayangannya agar hambaMu ini bisa berbahagia walau tanpa dia.

    Dan Ya Allah yang Tercinta, gantikanlah yang telah hilang dariku dengan yang lebih baik, Ya Allah Ya Tuhanku, pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu. Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buat hamba-Mu ini kerana sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini.”


    Monday, December 19, 2011

    JAGA HIDAYAH PETUNJUK ALLAH



    Manusia memang cenderung menjaga sesuatu yang dianggap berharga. Sebaliknya kita akan membuang sesuatu yang dianggap tidak berharga. Semakin bernilai sesuatu semakin bersungguh kita menjaganya.


    Sesetengah manusia sangat menjaga hartanya kerana dianggap hartanya sangat berharga. Ada pula sentiasa menjaga dan merawat mukanya supaya kelihatan awet muda kerana cantik adalah segalanya.
    Ada juga bermati-matian mempertahankan kedudukan kerana itu dianggap bernilai dan kalaulah begini perilaku kita, rupanya kita masih menganggap material (kebendaan) adalah segala-galanya.

    Namun, ada juga yang bermati-matian menjaga hidayah dan petunjuk yang Allah anugerahkan. Orang yang seperti ini berkeyakinan hidup ini tidak akan selamat sampai muara ketenangan di akhirat kecuali hanya dengan bekalan taufik dan hidayah Allah.

    Taufik dan hidayah sangat penting di dalam diri manusia. Pernah suatu ketika seorang yang dibutakan matanya dalam permainan diminta supaya berjalan, tiba-tiba menangis.

    Dia berasa langkahnya berisiko, mungkin terpelecot, bimbang terhantuk atau jatuh tangga. Begitulah akibatnya sekiranya tidak mendapat panduan.

    Orang yang yang berjalan tanpa arah sentiasa berada dalam cemas, takut, bingung. Tidak sedikit orang kaya yang menderita dengan kekayaan. Bagaimana kekayaan yang melimpah semakin membuatnya sengsara.

    Pendek kata orang yang jauh daripada petunjuk Allah dan al-Quran, apa pun diberikan Allah kepadanya pasti hanya akan membuatkan dirinya hina.

    Harta, pangkat, kedudukan atau penampilan kalau tidak diiringi dengan ketaatan pasti akan menyiksakan.

    Kemerdekaan yang kita kecapi sekarang jika tidak diiringi dengan ketaatan kepada Allah membuatkan kita mudah lalai. Negara saja merdeka tetapi jiwa tidak, malah ditawan syaitan.

    Sedarlah, syaitan adalah penjajah yang tidak pernah berputus asa. Dalam satu perisytiharan, menurut hadis Rasulullah s.a.w, syaitan pernah berkata: "Demi kebesaran-Mu, aku bersumpah wahai Allah, aku tidak akan berpisah dengan anak Adam selagi nyawanya masih di badan.”

    Bayangkan kesungguhan syaitan, isytihar perang dengan manusia. Kalau kita masih main-main, mudah tertipu.

    Syaitan ibarat tukang joget atau penari. Dia akan menari ikut muzik. Kalau dondang sayang ada lenggoknya, kalau lagu rock pandailah dia meloncat...maknanya syaitan tahu sasarannya kalau orang alim begini caranya, kalau sesatkan pemuda lain caranya, orang kaya lain pula kaedahnya.

    Kita memberikan tumpuan kepada yang nampak di mata, yang besar-besar biasanya menjadi tumpuan, yang kecil tidak berapa dipedulikan. Kita kadang kala lupa sesuatu yang tidak nampak itu sangat berharga.

    Iman kecil sahaja, tidak nampak tapi sangat berharga. Jadi dalam hidup ini lihat dan utamakan pandangan Allah.


                                                   

    Tuesday, December 6, 2011

    siLent Killer~HYPERTENSION~

    What is Hypertension?

    High blood pressure is easy to diagnose because all that is involved is taking one's blood pressure.  If you have a blood pressure over 140/90, that is either a systolic (first number) of 140 or more or diastolic (second number) of 90 or more or a combination of the two above the respective limit then hypertension exists.  It is estimated that about one out of every four Americans has hypertension.  It is however, a disease without symptoms.  This means that the only way to detect it is to have your blood pressure measured by a nurse, physician or another knowledgeable person (including yourself).  Because there are no symptoms of high blood pressure and because it is so prevalent in older people you should have it measured at least once a year. 




    Why is Hypertension Important?

    Simply put high blood pressure kills.  It kills by contributing to coronary artery disease and precipitating strokes.  It is one of the very few risk factors for  either of these potentially lethal or debilitating diseases that is treatable.  Because high blood pressure is treatable and because so many Americans who are hypertensive and are being treated, this is why many believe that the death rate has declined over time from coronary heart disease and stroke in this country.  Patients with hypertension who are treated significantly lower their chances of having a stroke or heart attack. 





    Treatment of Hypertension 

    The most important aspect of treating hypertension, of course, is regular checking of one's blood pressure.  Your doctor will work closely with you to make recommendations regarding the treatment that is right for you.  Certain life-style advice will be given.  Lose weight if overweight. Stop smoking if you smoke. Do not drink more than one or two drinks a day - alcohol contributes importantly to hypertension. Exercise has been shown over and over to be important in reducing and controlling hypertension. Diet is very important.  Salt intake must be reduced since salt aggravates hypertension.  If all of this is done and blood pressure is still high, medicine will be added by your doctor. 
    There are many, many medicines effective in treating high blood pressure.  As with all drugs, each one of us reacts uniquely to the specific drug - both with regard to the therapeutic response and also with regard to side effects.  Most of these drugs have side-effects, and they vary in each patient.  This is why it is very important for you to tell your doctor how the drug is affecting you besides lowering the blood pressure.  It is also very important to take the medicines as instructed and never to run out since in some cases with some of the medicine missing medication can actually cause the blood pressure to return at higher levels.  Virtually all patients and their doctor can settle on a drug therapy that has minimal side effects and brings the pressure down to normal. 


    Monday, December 5, 2011

    CORET-coret time CUTI weekend...

    hurmmm...dh lame sgt kn x sentuh my lovely blog nie...bkn apa..xd idea nk conteng kt blog nie...hurmm...sbuk pon satu hal...mmg akhir2 nie masa seolah2 mencemburui sy aj..sbb tu agak ssh utk sy mcurahkan rse n berkongsi idea dan penemuan sy kpd para pembaca skalian...(cewah ayat!!)...=P...hurmmm....nk cerita yg mne 1 ye...hurmmm...ok i know...last week sy balik k kg..ad kenduri sunat..anak buah lelaki sulung dlm kluarga yg bsunat...pengalaman bru dlam hidup sy nie..bkn sbb first time tgok org sunat k ap..tp first time tgok org sunat tp still bole senyum n bejalan sane sini...mcm org x sunat...padahal baru beberape hari kne sunat...ish2..esok2 kalo dh bentan bru tau...hahahaa....jahat btol lh sy nie..


    ok second story is...ntah ap ntah yg merasuk otak sy nie...bole lak sy tnye kt mak sedara sy yg BEST K KALAU ADA ANAK??....hahhaha...maunyer x kne dengar syarahan free..adoi salah timing n salah orng nk mntx nasihat da...segala mcm hujah keluar..amik, padan muka saya..hahaha...abis daripd makcik...sampai k pakcik sedara tau...malu pon ad...tp mcm besalh sy nie mmg suka buat mcm org x bersalah aj...hahaha...last2 crite tue abis mcm tue aj...nsib2..kalo x mesti 3 hari 3 mlm dgr ceramah free...kalah forum perdana n al-kuliyah....hehehe...


    ap lagi yer crite nk kongsi..ha'ah...nie satu lg..adoyai...makcik2 jiran rumah nie kasi sy soklan cepu emas lak time2 sy tolong masak..(sy mmg suka tlong or msak time kenduri2 nie...almaklumlah bole merase trus panas2)=P...IDA...KO BILE LAGI NK WAT KENDURI??...sy pon ckp kt dlm hati..nk wat kenduri arwah ak ke??..(hahaha...nakal kn)...tp mcm biasa lh..otak pikir lain mulut ckp lain...sy pon balas lh..ALA WAK..(pnggilan bg org jawa..sy org jawa erkk)..YG KT ATAS SY PUN BLUM KAHWIN LAGI...X KN SY NK LANGKAH BENDUL PULAK...lpas tue mereka balas...APA SALAHNYA...hahaha...ak pon jwb...MMG X SALAH..TP SY NI X D SIAPA2 YG NAK WAK..huhu..KALO X CARI MCM MN NK JUMPE??...aduisss gawat nie..pastu sy hanya mampu tesnyum n cepat2 sy bla...krng makin mnjadi2 lak mereka tnye...x sanggup kot...kadang bercerita ngn org2 yg lebih tua nie ad bestnye mcm bole bkongsi rahsia hidup n bnyk lg..tp kenkadang ad yg x bestnyer..mcm yg sy ckpkn di atas...hahaha...semua luar n dalam nk tahu..ish2..kn dh mengumpat..ASTAGHFIRUALLAH AL AZIM..


    hurmmm....lastly...sy jmpe dia mse kenduri tue...hurmm...nk kte ap..sy hany mampu senyum...tp dlm hati...ad taman...hahaha...suka...tp mcm mn pon..kne stay cool kot...x bole tnjuk sgt..nnt kantoi...hahaha...kalo nk crite pasal die...rse2 mcm x perlulh...sbb biarlh die hnya dipendam dlm hati...hurmmm mmg dh jadi tabiat dan itulh perangai sy...walau suka mcm mn pn kt seseorng tue...sy lebih rela senyap dr mnyuaraknnya...bila dh mnjdi milik org lain...pasrah aj lh...sbb sy tau kalo dia mmg dtakdirkn utk sy...dia pasti akan kembali kpd sy..cepat atau lambat...bknlh keutamaan...insyallah setiap insan ad jodoh masing2 yg telah ditentukan...bersabar n terus bersabar...x salah mnjdi single tika ini...kerna sy ad byk hal lagi yg perlu dutamakan...(^_^)v

    Tuesday, November 1, 2011

    BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA


    Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, kesudahan yang baik bagi orang-orang bertakwa, tiada pemusuhan Allah melainkan kepada orang-orang zalim. Selawat dan salam ke atas utusan yang membawa rahmat kepada seluruh alam..selepasnya;

    Firman Allah:

    “23.Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.24.  Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua Telah mendidik Aku waktu kecil". (Al-Isra’: 23-24)
    Firman Allah:

    “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa”. (An-Nisa’: 36)

    Firman Allah:

    “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). mengandungnya sampai bercerai susu adalah tiga puluh bulan". (Al-Ahqaf: 15)
    Firman Allah:

    “Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya Telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan bercerai susu dalam dua tahun. bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakmu, Hanya kepada-Kulah kembalimu”. (Luqman: 14)

    Dengan ungkapan-ungkapan ini jelas bahawa al-Quran mahu menyemaikan naluri berbuat baik dan mengasihi di lubuk hati anak-anak. Ini kerana dalam kehidupan kebiasaanya akan menghalakan perhatiann mereka ke hadapan..kepada zuriat..kepada kelahiran baru..kepada generasi akan datang. Namun tidak ramai yang menghalakan perhatian mereka ke belakang..kepada ibubapa..kepada kehidupan permulaan..kepada generasi yang lalu..kepada umur yang lalu, kemudian anak-anak sangat perlukan semangat nalurinya untuk memerhatikan ke belakang dan meninjau sejenak kepada bapa dan ibu mereka.

    Para ibubapa secara fitrahnya terdorong untuk menjaga dan memelihara anak-anak dan berkorban apa sahaja demi mereka.  Sedangkan anak-anak 'menghisap' semua kesenangan, usaha dan perhatian dari ibubapa. Justeru apabila keduanya telah lanjut usia, sekalipun anak-anak mengabaikan mereka, kedua mereka tetap merasa bahagia kerana itulah sifat mereka.

    Namun anak-anak begitu cepat melupai semua ini dan mendorong fikiran mereka ke hadapan iaitu isteri dan zuriat..Demikianlah dorongan hidup, dan kemudian ibubapa tidak perlu memaksa diri mereka menjaga anak-anak kerana itulah futrah mereka, tetapi anak-anak perlu kepada menyemaikan emosi dan naluri mereka dengan kuat untuk mengingati hak generasi yang lepas yang telah mengorbankan kesenangan, menghabiskan segala kesenangan demi anak-anak sehingga mereka kekeringan.   

    Dari sinilah datangnya perintah supaya anak-anak berbuat baik kepada ibubapa dalam bentuk hukum atau ketentuan dari Allah dengan makna perintah yang ditegaskan, selepas ada perintah yang ditegaskan dengan makna ibadah kepada Allah. Firman Allah: kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu. Perkataan“al-Kibr” (berumur lanjut) membawa maksud telah lemah atau tua. Perkataan “indaka” (dalam pemeliharaan mu) mempunyai makna yang sangat besar iaitu makna pergantungan dan pengharapan ketika mereka telah tua dan lemah. Justeru sewajarnya ibubapa yang telah tua dan lemah berada dalam penjagaan, pemeliharaan dan pengawasan anak-anak mereka “indaka”. Bukan dengan meletakkan ibubapa di rumah orang-orang tua seperti yang berlaku ke atas setengah ibubapa pada zaman kita ini.

    Marilah wahai anak-anak..sesiapa yang masih mempunyai ibubapa, ucaplah tahniah, berilah perhatian, kasihanilah mereka dan berusahalah mendapat keredhaan mereka berdua, kerana melalui keduanya kita memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sesiapa yang hilang salah satu dari kedua mereka, maka dia kerugian separuh dari mereka. Justeru berilah perhatian kepada separuh yang lain sebelum ianya hilang. Orang yang pernah melalui masa bersama mereka, maka janganlah melupakan mereka dalam solat dan doa kita. Siapa yang telah menjadi ibubapa pastilah menyedari hal ini.

    Berbuat baiklah kepada ibubapa kamu supaya anak-anak kamu berbuat baik kepada kamu..Berbuat baiklah kepada ibubapa supaya nanti kamu hidup dengan penuh kesetiaan dan ketenangan.
      


    Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=49713&SecID=363

    Sunday, October 30, 2011

    PERIHAL HATI (QALBU)


    Pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada kita yang bermaksud : Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging, jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan, maka ketahuilah bahawa itu adalah hati”.

    Hati itu dapat hidup dan dapat mati, sehat dan sakit. Dalam hal ini, ia lebih penting dari pada tubuh.
    Allah berfirman, ertinya:
    “Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya”. (Al-An'am : 122) 


    Ertinya, ia mati karena kekufuran, lalu Kami hidupkan kembali dengan keimanan. Hati yang hidup dan sehat, apabila ditawari kebatilan dan hal-hal yang buruk, dengan tabi'at dasarnya ia pasti menghindar, membenci dan tidak akan menolehnya. Lain halnya dengan hati yang mati. Ia tak dapat membedakan yang baik dan yang buruk. 

    Sudah jelas diterangkan menerusi Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 10 yang bermaksud :“Dalam hati mereka ada penyakit (keyakinan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW lemah. Kelemahan keyakinan itu menimbulkan kedengkian, iri hati dan dendam terhadap Nabi SAW agama dan orang-orang Islam), lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta”. 

    Memang umum kita ketahui, sifat hati sentiasa berubah, maka kita sentiasa digalakkan untuk memohon kepada Allah SWT agar kita sentiasa diberi keteguhan hati dan iman kita dengan melazimi membaca doa “ Wahai Tuhan yang sentiasa membalik-balikkan hati , tetapkanlah hati atas agama-Mu dan ketaatan-Mu” (Ya Muqallibal Qulub , Thabbit Quluubana ‘ala Deenika Wa ‘ala Thoo’atik).


    Semoga Allah menyingkapkan hijab dihati kita sehingga nyatalah Allah dihati kita dan kita menemukan Allah dalam setiap apapun yang terjadi, aamiin…

    Wallaahu a’lam Bish-Shawaab…






    Thursday, October 27, 2011

    Pemilihan Calon Suami Dan Isteri Dalam Islam

    Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.
    Ciri-Ciri Bakal Suami
    • Beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
    • Bertanggungjawab terhadap semua benda
    • Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
    • Berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
    • Tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
    • Rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.
    Ciri-Ciri Bakal Isteri
    • Beriman & solehah
    • Rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
    • Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
    • Menentukan mas kahwin yang rendah
    • Wanita yang subur
    • Masih dara
    • Berasal dari keturunan yang baik
    • Bukan keturunan terdekat
    • Tidak memandang harta semata-mata
    Masih adakah ciri-ciri diatas pada diri korang? Kalau masih lagi ada walaupun tidak selengkap yang dinyatakan, Alhamdulillah. Kepada bakal pengantin, pilih keputusan yang tepat kerana perkahwinan bukan untuk sehari dua, tapi untuk kekal selagi hayat di kandung badan.

    5 (lima) perkara yang dapat meningkatkan iman...insyallah...


    Ketahuilah, iman yang ada di dalam diri seorang hamba itu bisa bertambah dan bisa pula berkurang atau bahkan hilang tanpa bekas dari diri seseorang. Al-Imam Abdurrahman bin Amr Al-Auza’i rahimahullah pernah ditanya tentang keimanan, apakah bisa bertambah. Beliau menjawab:Betul (bertambah), sampai seperti gunung.” Lalu beliau ditanya lagi: “Apakah bisa berkurang?” Beliau menjawab: “Ya, sampai tidak tersisa sedikitpun.”
    Demikian pula Imam Ahlus Sunnah wal Jama’ah, Ahmad bin Hambal rahimahullah pernah ditanya tentang keimanan, apakah bisa bertambah dan berkurang? Beliau menjawab:Iman bertambah sampai puncak langit yang tujuh dan berkurang sampai kerak bumi yang tujuh.” Beliau juga menyatakan: “Iman itu (terdiri atas) ucapan dan amalan, bisa bertambah dan berkurang. Apabila engkau mengamalkan kebajikan, maka iman akan bertambah, dan apabila engkau menyia-nyiakannya, maka iman pun akan berkurang.
    Nah, inilah aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah itu, yakni meyakini bahwa sesungguhnya iman seseorang itu bisa bertambah dan bisa pula berkurang. Setelah kita tahu bahwa ternyata iman itu bisa bertambah dan bisa berkurang, lalu apa yang harus dilakukan oleh seorang mukmin untuk menjaga kualitas imannya? Al Imam Allamah Abdurrahman bin Nashr As Sa’di rahimahullah mengatakan: Seorang mukmin yang diberi taufiq oleh Allah Ta’ala, dia senantiasa berusaha melakukan dua hal: Pertama, memurnikan keimanan dan cabang-cabangnya, dengan cara mengilmui dan mengamalkannya. Kedua, berusaha untuk menolak atau membentengi diri dari bentuk-bentuk ujian (cobaan) yang tampak maupun tersembunyi yang dapat menafikannya (menghilangkannya), membatalkannya atau mengikis keimanannya itu.” (At Taudhih wal Bayan lisy Syajarotil Iman, hal 38).
    Saudaraku muslimin, ketahuilah! Ada beberapa amalan yang insya Allah akan dapat menyebabkan bertambahnya iman seseorang, di antaranya adalah:
    Pertama: Membaca dan tadabbur (merenungkan atau memikirkan isi kandungan) Al Quranul Karim. Orang yang membaca, mentadabburi dan memperhatikan isi kandungan Al Quran akan mendapatkan ilmu dan pengetahuan yang menjadikan imannya kuat dan bertambah.
    Allah Subhanahu wa Ta’ala mengabarkan tentang orang-orang mukmin yang berbuat demikian: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gemetarlah hati-hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya maka bertambahlah iman bereka, dan kepada Rabb mereka itulah mereka bertawakkal.” (QS. Al Anfal [8]: 2)
    Al Imam Al Ajurri rahimahullah berkata: Barangsiapa mentadabburi Al Quran, dia akan mengenal Rabb-nya Azza wa Jalla dan mengetahui keagungan, kekuasaan dan qudrah-Nya serta ibadah yang diwajibkan atasnya. Maka dia senantiasa melakukan setiap kewajiban dan menjauhi segala sesuatu yang tidak disukai maulanya (yakni Allah Ta’ala).
    Kedua: Mengenal Al Asmaul Husna dan sifat-sifat Allah yang terdapat dalam Al Quran dan As Sunnah yang menunjukkan kesempurnaan Allah secara mutlak dari berbagai segi. Bila seorang hamba mengenal Rabbnya dengan pengetahuan yang hakiki, kemudian selamat dari jalan orang-orang yang menyimpang, sungguh ia telah diberi taufiq dalam mendapatkan tambahan iman. Karena seorang hamba bila mengenal Allah dengan jalan yang benar, dia termasuk orang yang paling kuat imannya dan ketaatannya, kuat takutnya dan muroqobahnya kepada Allah Ta’ala.
    Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-Nya adalah ulama.” (QS. Fathir [35]: 28). Al Imam Ibnu Katsir menjelaskan: “Sesungguhnya hamba yang benar-benar takut kepada Allah adalah ulama yang mengenal Allah.” (Tafsir Ibnu Katsir 3/533).
    Ketiga: Memperhatikan siroh atau perjalanan hidup Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, yakni dengan mengamati, memperhatikan dan mempelajari siroh beliau dan sifat-sifatnya yang baik serta perangainya yang mulia.
    Al Imam Ibnul Qoyyim rahimahullah menjelaskan: Dari sini kalian mengetahui sangat pentingnya hamba untuk mengenal Rasul dan apa yang dibawanya, dan membenarkan pada apa yang beliau kabarkan serta mentaati apa yang beliau perintahkan. Karena tidak ada jalan kebahagiaan dan keberuntungan di dunia dan di akhirat kecuali dengan tuntunannya. Tidak ada jalan untuk mengetahui baik dan buruk secara mendetail kecuali darinya.Maka kalau seseorang memperhatikan sifat dan akhlak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam Al Quran dan Al Hadits, niscaya dia akan mendapatkan manfaat dengannya, yakni ketaatannya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjadi kuat, dan bertambah cintanya kepada beliau. Itu adalah tanda bertambahnya keimanan yang mewariskan mutaba’ah dan amalan sholih.”
    Keempat: Mempraktekkan (mengamalkan) kebaikan-kebaikan agama Islam. Ketahuilah, sesungguhnya ajaran Islam itu semuanya baik, paling benar aqidahnya, paling terpuji akhlaknya, paling adil hukum-hukumnya. Dari pandangan inilah Allah menghiasi keimanan di hati seorang hamba dan membuatnya cinta kepada keimanan, sebagaimana Allah memenuhi cinta-Nya kepada pilihan-Nya, yakni Nabiyullah Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam (lihat QS. Al Hujurat [49]: 7)
    Maka iman di hati seorang hamba adalah sesuatu yang sangat dicintai dan yang paling indah. Oleh karena itu seorang hamba akan merasakan manisnya iman yang ada di hatinya, sehingga dia akan menghiasi hatinya dengan pokok-pokok dan hakikat-hakikat keimanan, dan menghiasi anggota badannya dengan amal-amal nyata (amal sholih). (At Taudhih wal Bayan, hal 32-33)
    Kelima: Membaca siroh atau perjalanan hidup Salafush Shalih. Yang dimaksud Salafush Shalih di sini adalah para shahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan orang-orangyang mengikuti mereka dengan baik (lihat QS. At Taubah [9]: 100). Barangsiapa membaca dan memperhatikan perjalanan hidup mereka, akan mengetahui kebaikan-kebaikan mereka, akhlak-akhlak yang agung, ittiba’ mereka kepada Allah, perhatian mereka kepada iman, rasa takut mereka dari dosa, kemaksiatan, riya’ dan nifaq, juga ketaatan mereka dan bersegera dalam kebaikan, kekuatan iman mereka dan kuatnya ibadah mereka kepada Allah dan sebagainya.
    Dengan memperhatikan keadaan mereka, maka iman menjadi kuat dan timbul keinginan untuk menyerupai mereka dalam segala hal. Sebagaimana ucapan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah : “Barangsiapa lebih serupa dengan mereka (para shahabat Rasulullah), maka dia lebih sempurna imannya.” (lihat Kitab Al Ubudiyah, hal 94). Dan tentunya, barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.
    Itulah beberapa amalan yang insya Allah akan dapat menyebabkan bertambahnya keimanan. Adapun hal-hal yang dapat melemahkan iman seseorang adalah sebaliknya, di antaranya: Kebodohan terhadap syari’at Islam, lalai, lupa dan berpaling dari ketaatan, melakukan kemaksiatan dan dosa-dosa besar, mengikuti hawa nafsu dan sebagainya.
    Mudah-mudahan kita termasuk hamba-hamba-Nya yang senantiasa diberi tambahan iman, dan dijauhkan dari kelemahan dan kehinaan. Wallahul musta’an.