“Sabar yang sebenarnya ialah
sabar pada saat bermula (pertama kali) ditimpa musibah.” (Hadith Riwayat
Bukhari)
“Andai melupakan dapat mendidik
sebuah kesabaran, maka lupakanlah,
andai berjauhan dapat mendidik sebuah
kesabaran, maka jauhilah
dan andai melaksanakan kecintaan
pada sebuah kebencian berupaya mendidik kesabaran, maka bercintalah.”
sabar merupakan suatu perkara yg
paling sukar untuk diperoleh dan dicari..namun sekiranya kite telah masuk dalam
lingkungan sabar..ianya adalah mudah sekali untuk di rasa dan
dpraktiskan..semuanya bermula dengan hati dan minda..bile hati tgh marah, minda
terus berfikir..marahlah..ditambah pula dgn bisikan-bisikan syaitan yg menggoda
diri untuk menempiaskan rasa marah..maka tjdlh rsa marah..sekiranya kita mula
nk rse marah..teruslh larikan diri jauh dr semua org..istighfar pnjng2..narik
nafas dlm2 dan lepaskannya secara perlahan..kalo masih marah..dekatkanlh diri
ngn air..paling bgus bwudhulh dan mngaji..insyaallah rasa marah itu akan
hilang..sejujurnya diri ini juga seringkali merasa marah..dan diri ini juga
sering tgoda ngn bisikan syaitan..tp hasil akhirnya..perasaan menyesal yg
menebal pasti melanda..hurmm..betapa nipisnya imanku ini YA ALLAH..tp nk buat
mcm mne..tlajak perahu bole d undur..tlajak bicara..bdan binasa..penyesalan dan
kemaafan perlu dipinta..dosa antara manusia hanya akan terhapus..dgn meminta
maaf dr manusia itu sndri..biar org buat kita..jgn kita buat org lain..biar org
hina dan pandang rendah diri kita..jgn smpai kite balas ap yg telah dilakukan
keatas diri kite..kerna tiada bezanya diri kita ngn org itu sekiranya kite
melakukan benda yg sama..
Jika dengan bersabar mampu
menjernihkan keadaan, maka sabarlah. Jika dengan tidak marah dapat menghulurkan
sebuah kemaafan, maka janganlah marah. Jika dengan memaafkan, mampu membuat dia
tersenyum, maka maafkanlah. Jika dengan senyuman mampu meyakinkan ukhuwah dan
kasih sayang, maka senyumlah.
syair arab menyatakan"sabar
itu pahit..tetapi hasilnya lebih manis dari madu"
Pahala bagi orang-orang yang
bersabar menurut Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Sabar itu ada tiga:
1. Sabar terhadap musibah, yakni
sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia
menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni
mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang
tertinggi di Syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti
langit dan bumi.
2. Barang siapa yang bersabar
dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah
S.W.T. akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu seperti
permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.
3. Barang siapa bersabar dari
maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan
mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat
itu seperti permukaan bumi hingga ke Arasy. Dan dia adalah makhluk darjatnya
dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling
tinggi yang paling tinggi."
Dalam al-Quran yang suci Allah
telah berfirman yang bermaksud:
Katakanlah:"Wahai
hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah
kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa
semuanya. Sesunnguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah
Az-Zumar ayat 53)
Kita sebagai hamba-Nya tidak
dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kekhilafan, jadi bertaubatlah
kepada Allah Yang Maha Mendengar taubat. Semoga sinar hidayah menerangi
kehidupan kita dan menjadi hala tuju kita untuk ke Syurga Allah yang kita
idam-idamkan, InsyaAllah.